Friday 29 July 2011

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA

Majlis Perpisahan Pengetua 29 Julai 2011

Warga SMKPI telah dikejutkan dengan berita kenaikan pangkat Pengetua Pn Hajjah Makelthom Binti Yaacob ke SMK Tun Syed Barakbah yang berkuatkuasa 1 ogos 2011.Satu kehilangan besar kepada pihak sekolah kerana Tuan Pengetua telah banyak membawa perubahan kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah.Walaupun baru sahaja berkhidmat selama 2 tahun,Pn Hajjah Makelthom begitu drastik membawa perubahan yang ketara khususnya dari segi disiplin sekolah dan pentadbiran sekolah.
Warga sekolah amat terharu dan sedih,walaupun tegas tetapi pengetua begitu ikhlas dalam menjalankan tugas.Kebaikan pasti dibalas kebaikan dan natijahnya Allah memberi rezeki seluas-luasnya kepada beliau.Kata-kata hikmatnya kepada guru, ikhlaslah dalam mengajar anak-anak murid, nescaya...anak-anak guru pulak akan mendapat pelajaran dari guru yang ikhlas di sekolah lain.























Selamat Maju Jaya untuk Pengetua di Sekolah baru

Sunday 3 July 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

TARIKH      : 2 JULAI 2011
MASA         : 7.30 PAGI
TEMPAT     : STADIUM MPSP,BUKIT MERTAJAM

Meriah..!!!!!!larian  1 Murid 1 Sukan telah berjaya mencapai sasaran penyertaan ramai pelajar SMKPI.Kemeriahan ini dirasai sama oleh para guru.Tahniah kepada guru-guru yang berjaya menghabiskan larian tersebut.Cikgu Nasir( Penyelia petang),hebat..,kerana menghabiskan 3 pusingan padang dengan jayanya.Walaupun usia sudah menjangkau 56 tahun,tapi masih gagah.Guru-guru lain juga begitu seronok berlari...kegembiraan dan kemeriahan ini amat dirasai.












 

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-9 2011

Tarikh           : 2 Julai 2011
Masa            : 7.30 - 1.00 Petang
Tempat         : Stadium MPSP,Bukit Mertajam

Alhamdulillah..Kejohanan sukan berjalan lancar.Ucapan penghargaan tidak terhingga kepada semua jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini.Tanpa usaha ini, sukan tidak akan berjaya dilaksanakan.







MARKAH SUKAN TAHUNAN SMK PERMAI INDAH

KALI KE-SEMBILAN

RUMAH
ACARA PADANG
ACARA BALAPAN
JUMLAH
KASTURI
67
146
213
LEKIU
97
64
161
JEBAT
50
73
123
TUAH
57
45
102







MARKAH KESELURUHAN


RUMAH


MERENTAS DESA

SUKAN TARA

SUKAN

JUMLAH

KASTURI


1178

404

213

1795

LEKIU


1162

442

161

1765

JEBAT


1162

390

123

1675

TUAH


1064

349

102

1515