Tuesday 30 August 2011

PERUTUSAN SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM..

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.Syawal yang menjelma ini diharapkan menjadi medan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.Sebagai warga SMK Permai Indah, marilah kita jadikan syawal ini untuk saling mengenali dan memahami diri masing-masing.Kesempatan juga saya ambil untuk memohon kemaafan kepada semua warga SMKPI jika sepanjang berkhidmat di sekolah ini ada salah dan silap, atau terkasar bahasa dalam menjalankan tugas.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

PK KOKURIKULUM
SMK PERMAI INDAH

Thursday 4 August 2011

LAWATAN PELAJAR KOREA KE SMK PERMAI INDAH













Seramai 32 orang pelajar dari Sekolah Tinggi Korea telah mengadakan lawatan sambil belajar ke SMK Permai Indah pada 2,3 dan 4 ogos 2011.Kehadiran pelajar-pelajar ini diiringi oleh Pengetua sekolah tersebut.
Apa yang menariknya ialah pelajar-pelajar ini belajar di dalam kelas biasa dan makan masakan tempatan.