Friday 27 May 2011

PERKHEMAHAN PERDANA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Sekolah Menengah Permai Indah telah dipilih untuk sebagai Jawatankuasa Persediaan Tempat untuk Perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan 2011 bagi acara Jalan Lasak.

Tarikh aktiviti : 16 Jun dan 18 Jun 2011
Tempat          : Pusat Kokurikulum,Bukit Mertajam,P.Pinang
Masa             : 8.00 pagi hingga 6.00 petang


Tuesday 10 May 2011

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2011

TARIKH   : 28 MEI 2011
MASA      : 8.00 PAGI - 5.30 PTG
HARI        : SABTU
TEMPAT  : PADANG SMK PERMAI INDAH

Penglibatan daripada semua guru penasihat uniform.

Wednesday 4 May 2011

PERTANDINGAN KAWAT KAKI PERINGKAT DAERAH

PERTANDINGAN KAWAT KAKI
TARIKH    : 3/4 MEI 2011
HARI         : SELASA DAN RABU
TEMPAT   : PADANG AWAM PPDX


SMKPI diwakili oleh dua pasukan unit uniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan juga Kadet Pertahanan Awam(KPA).Sekalung tahniah untuk kedua-dua pasukan ini kerana bertungkus lumus dari awal lagi dengan kesukaran menyediakan pasukan,mencari pakaian,kelengkapan kasut serta pelbagai lagi kesukaran.
Namun berkat kesungguhan guru-guru penasihat khususnya Cikgu Zafrulan,cikgu Mazliyanee,Cikgu Sharizat,Cikgu S.Dayu dan juga Cikgu Sutha,pasukan uniform KRS dan juga KPA berjaya bertanding dengan cemerlang.

Penghargaan tidak terhingga juga kepada Pn.Karbagam,Penyelaras Unit Uniform kerana telah menyediakan kelengkapan dari segi pengangkutan,kebajikan pelajar,makan minum serta menyelaras latihan kawat kaki.
Kerjasama ini amat diperlukan untuk menjadikan SMKPI unggul suatu hari nanti.
Saya sebagai PK KOKO menghargai kerjasama guru-guru dan memahami kesukaran guru dalam menyediakan pasukan ini.Hasrat saya inginkan penyertaan dari SMKPI dan menyokong usaha PPD memperbanyakkan penyertaan pasukan uniform dalam pertandingan kawat kaki pada masa hadapan.
Insyaallah, pasukan dari SMKPI pasti akan mencabar suatu hari nanti.

Monday 2 May 2011

CORAT-CORET 'HANDBALL GAME' ZON BM 2011

TRIMAS & TAHNIAH TO HANDBALL TEAM -  
PN. BALKHIS, PN.ELLA & PN. FAZILAH...
Banyak kenangan manis dialami dan juga kenangan for d 2nd time naik ambulans lagi... :)
DAN TAK DILUPA BUAT  
PK KOKU- EN JAMIL YG SELALU MEMBERI SUPPORT DAN SANGGUP BERPANAS TERIK BERSAMA KAMI !!!

"BIAR LETIH GAYA MESTI ADA"-motto boys18TKB
TERUSKAN USAHA!!! DON'T GIVE UP.. team girls18TKB.

Skills 'fly' n 'power shoot' rahsia kejayaan TEAM HANDBALL SMKPI..
w/pun tempat ketiga... TAHNIAH!!!
Sewaktu bertahan dgn 'WALL'... Go SMKPI!!! Tahun hadapan cuba lagi....

Sunday 1 May 2011

UNGGUL

TAHNIAH!!
SMK Permai Indah melakar sejarah mengungguli tempat ketiga (PINGAT GANGSA) bawah 18 tahun lelaki dalam Kejohanan Bola Baling MSSPP Zon Bukit Mertajam.Kekalahan tipis pasukan SMKPI kepada SMK Teknik,Prai 3-4 tetap dianggap kejayaan kepada pasukan SMKPI kerana SMK Teknik dikenali sebagai pasukan yang hebat dan kuat.
Tahniah juga kepada guru-guru penasihat bola baling dan juga jurulatih(suami Pn.Balkhis) kerana meluangkan masa memberi tunjuk ajar sehingga SMKPI melakar kejayaan yang cemerlang ini.


Buat julung kalinya.....GANGSA MILIK KAMI!!!