Wednesday 4 May 2011

PERTANDINGAN KAWAT KAKI PERINGKAT DAERAH

PERTANDINGAN KAWAT KAKI
TARIKH    : 3/4 MEI 2011
HARI         : SELASA DAN RABU
TEMPAT   : PADANG AWAM PPDX


SMKPI diwakili oleh dua pasukan unit uniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan juga Kadet Pertahanan Awam(KPA).Sekalung tahniah untuk kedua-dua pasukan ini kerana bertungkus lumus dari awal lagi dengan kesukaran menyediakan pasukan,mencari pakaian,kelengkapan kasut serta pelbagai lagi kesukaran.
Namun berkat kesungguhan guru-guru penasihat khususnya Cikgu Zafrulan,cikgu Mazliyanee,Cikgu Sharizat,Cikgu S.Dayu dan juga Cikgu Sutha,pasukan uniform KRS dan juga KPA berjaya bertanding dengan cemerlang.

Penghargaan tidak terhingga juga kepada Pn.Karbagam,Penyelaras Unit Uniform kerana telah menyediakan kelengkapan dari segi pengangkutan,kebajikan pelajar,makan minum serta menyelaras latihan kawat kaki.
Kerjasama ini amat diperlukan untuk menjadikan SMKPI unggul suatu hari nanti.
Saya sebagai PK KOKO menghargai kerjasama guru-guru dan memahami kesukaran guru dalam menyediakan pasukan ini.Hasrat saya inginkan penyertaan dari SMKPI dan menyokong usaha PPD memperbanyakkan penyertaan pasukan uniform dalam pertandingan kawat kaki pada masa hadapan.
Insyaallah, pasukan dari SMKPI pasti akan mencabar suatu hari nanti.