Friday 29 July 2011

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA

Majlis Perpisahan Pengetua 29 Julai 2011

Warga SMKPI telah dikejutkan dengan berita kenaikan pangkat Pengetua Pn Hajjah Makelthom Binti Yaacob ke SMK Tun Syed Barakbah yang berkuatkuasa 1 ogos 2011.Satu kehilangan besar kepada pihak sekolah kerana Tuan Pengetua telah banyak membawa perubahan kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah.Walaupun baru sahaja berkhidmat selama 2 tahun,Pn Hajjah Makelthom begitu drastik membawa perubahan yang ketara khususnya dari segi disiplin sekolah dan pentadbiran sekolah.
Warga sekolah amat terharu dan sedih,walaupun tegas tetapi pengetua begitu ikhlas dalam menjalankan tugas.Kebaikan pasti dibalas kebaikan dan natijahnya Allah memberi rezeki seluas-luasnya kepada beliau.Kata-kata hikmatnya kepada guru, ikhlaslah dalam mengajar anak-anak murid, nescaya...anak-anak guru pulak akan mendapat pelajaran dari guru yang ikhlas di sekolah lain.























Selamat Maju Jaya untuk Pengetua di Sekolah baru